Wednesday 15 April 2015

Dimata ALLAH,kita adalah sama.

Jam 5.45am selepas sahur ( dibulan puasa 16/06/2013) kami tonton halaqah ditv9 bersiaran di masjid 5 bintang menurut ustaz yg berceramah.. 

Tiba2 makmertuaku berstatment 
"emmm masjid 5 bintang? Mesti semua org kaya yg pegi ni..x dea la org cam kita ni nk ke sana tu"  

aku pula jwb dalam berseloroh"emmm...mestilah masjid ni kn duk kt area2 elit.. Spa2 nk pegi tuu bolehh.. Tp mesti malu kalau kna sebaris saff nga org 'loaded'ni.. Tntu nampak bezanya kita berbaju lusuh,berselipar jepun je.." 

Tapi dalam 5 saat aku tfikir 'malu? Malu pd sapa?' Bkn ada syarat pn kalau kita nk kesana, apa bezanya kita nga mereka semua tu? Kalau kita dan mereka masih sama2 berkongsi menyedut 'oksigen free'kita x dea beza dnga meraka, kalau ada yang mengatakan kita berbeza dng mereka dari sudut harta kekayaan.. Itu masih belum mampu membeza kita dng mereka,ini kerana kita tidak mampu meramal sesuatu yang bukan hak mutlak kita,walupun kita mampu milik...kenapa nk malu pada makhluk yang sama sifat,sama rupa dan sama2 akan dibicarakan di padang MASYAR nanti,tapi malulah pada PEMILIK yang sebenar, yang tidak pernah menilai kita hanya kerana berbaju lusuh, berselipar jepun mahupun bermotor cabuk.
Tp kita tetap sama dan serupa dimata..

ALLAH azzawajalla.

Anakku yang prihatin.. Terima kasih abang!

Terharu hati bila melihat anak lelaki ke 2 saya berdiri disamping dan menangis sambil mengesat air mata dengan kolar baju tshirtnya... Saya turut sebak bila dia bertanya dengan saya, "umi.. betul ke kalau anak yang pandai bace quran,ibu dan bapanya akan dipakaikan mahkota oleh allah dalam syurga nanti?" Saya pandang wajah polosnya.

Tanda2 sebak jelas  kelihatan pada wajahnya..saya tersenyum.
Sebenarnya topik itulah yang saya baca dalam majalah pagi tadi dan telah saya ceritakan padanya tentang beruntungnya ibubapa yang punya anak2 yang dapat membaca al-quran,
saya tengok riaksinya ketika itu bersahaja tanpa ada sebarang minat. 

Eeemmm...rupa2nya ia meninggalkan kesan dalam hatinya.. Apabila sesudah dia mengajukan soalannya itu.. Terus saja dia menangis hiba sambil berkata " umi abe tak pandai nak baca quran dengan lancar.." Sambil mengesat2 air mata...kali ini makin laju air mata dia mengalir bila dia mengatakan " umi abe tak dapat bagi umi mahkota... Abe tak dapat nak bagi apa2 kat umi... Allah marah tak?..Kalau umi mati abe tiada sapa2" saya cakap padanya, "takpe kalau tak pandai.. Abe boleh belajar..nanti abe hadiah untuk umi dan papa nanti..syarat abe kena rajin baca quran"


Saya tengok wajahnya yang bersungguh2..wajah yang menyimpan harapan suatu hari nanti dia boleh memahkotakan saya dan papanya bila kami tiada nanti... Insha allah itulah harapan kami..semoga ketiga-tiga anak saya menjadi anak yang soleh dan dirahmati allah. Amin.

Ikut resam cina... Namun keberkatan dari ALLAH jua..

Berniaga ikut resam orang Cina
#tiada sifat cemburu
#saling bantu kaum sendiri
#buang jauh budaya 'pijak kepala untuk naik keatas'
#untung kecil dianggap cabaran untuk mengaut untung jangka panjang
#selalu mendengar pendapat dan menerima pendapat
#sentiasa mengangap dirinya 'bos' walaupun x pakai kuli
#mengikut kehendak pelanggan walaupun sesuatu yang dianggap tidak masuk akal namun biarlah berpada2.

Namun apa yang penting selalu jujur,ikhlas dan niat perlu jelas,tindakan perlu selaras dengan tujuan pada diri sendiri dan orang lain.
Kerana yang menentukan jatuh bangun kita adalah yang maha berkuasa ALLAH.

Hinakah berstatuskan SURIRUMAH??

Heeiiii.. Hangin satu badan... Hati panas berwap2..Bila terbaca status (FB)seorang kawan Khaira Issandra ArfaRafael yang turut protes dengan kenyataan seseorang yang menganggap diri dah terlebih pandai dalam menilai seorang wanita yang bergelar surirumah..
Apa yang menbuatkan hati saya bengkak (sehinggakan saya meninggalkan komen yang panjang berjela diruang komen) adalah statment yang menyifatkan seorang perempuan yang tidak berkerja adalah BODOH!
Aduhhhh!!! Ceteknya pemikiran kamu...!sedih dengan kebodohan yang ditonjolkan...! Apa relevannya kepandaian seseorang itu dengan status yang diberi? Apa salah pada   gabungan abjad S.U.R.I.R.U.M.A.H? Jangan nak semakkan fikiran kamu untuk mencari kebodohan2 kami... Kerana akan menyerlahkan lagi kebodohan fakta kamu terhadap kami..
Namun kami ada fakta..
Jika kamu kata kami bodoh..
Kenapa setiap tahun pada hari sambutan maal hijrah kami sering dinobatkan sebagai 'IBU MITHALI' peringkat kebangsaan.

Jika kamu kata kami bodoh...
Kenapa kami mampu mendidik ank2 kami sehingga keperingkat tertinggi dalam masyarakat?

Jika kamu kata kami bodoh...
Kami sebenarnya seorang 'vice presiden' dalam sebuah organisasi keluarga yang ditubuhkan.. Penentu kewangan, ketetapan 'waktu emas' keluarga,kestabilan dan keharmonian setiap ahli didalamnya..

defisi manakan BODOH yang kamu letak pada status kami?

Sebenarnya kamu yang BODOH TAK BERAKAL... menilai kepada sesuatu yang belum tentu kamu mampu dan sanggup melakukannya...!! Jadi....nilailah hak dan maruah orang lain dengan bijak...jangan sampai hak kita pula dipijak2.

#sayaseorangsurirumah
#menjagaamanahallah
#dalamkeberkatan

Jangan asyik mendongak ke langit... Takut kaki tersadung batu..!

Pengalaman ke PPD pagi ini... Langkah diatur bersesuaian dengan sepasang baju kurung bertatah manik blink2, bertudung tingkat 3 warna... Dapat dibaca yang empunya diri mungkin seorang kakitangan kerajaan... Datang dengan tujuan yang sama untuk pertukaran sekolah ank masing2.

Wah..! Bergaya sakan... Disebelahnya seorang wanita muda yang hanya berpakaian kasual... 
Dalam 2 minit.. perbualan bermula dngan pertanyaan dari wanita muda yang hanya berpakaian kasual itu mungkin sekadar bertanya pendapat sekolah manakah yang sesuai dengan kelayakan anak saudaranya yang hanya mendapat 2A dalam UPSR, saya yang hanya berada jauh sedikit dr mereka hanya memerhati..dalam perbualan itu barulah saya tahu perempuan itu seorang guru.

Sebagai pendengar saya boleh simpulkan perempuan yang unggun bergaya itu hanya menang dalam penampilan berpakaian namun tidak dari segi pertuturan dan kedudukannya sebagai seorang guru,dalam nada angkuh,bangga diri dan merendah2kan kedudukan anak saudara perempuan muda disebelahnya adalah tindakan yang tidak patut dan rendah moral... 

Dalam perbualannya,dia asyik mengulang2 mengatakan anaknya mendapat 5A+ dan dapat memasuki sekolah2 premier dikota bharu tunggu untuk memilih sahaja, "saya seorang guru..!saya tau lah setiap peraturan dan syarat2 kemasukan kesekolah2 premier nih!" tinggi suaranya seolah2 ingin didengari oleh saya dan seorang lagi yang berada di situ...saya yang mendengar cukup2 meluat... 
Kalau pun anknya pintar dan pandai tak perlu rasanya nak mengulang-gulang perkara yang sama setiap kali mempartikaikan kemampuan ank saudara perempuan disebelahnya..

Ya allah betapa sombongnya perempuan itu, sepatutnya kelebihan yang diberi itu menjadikan dia seorang yang lebih Beradab bukannya BIADAP!!.
Tidak akan rendah kedudukannya jika dia merendah diri 
malah dia akan lebih dipandang tinggi, kenapa dia perlu sombong!! Saya cukup2 meluat.. Loya tekak bila terpandang mukanya yang terlalu bangga dengan pencapaian yang dia raih...

Catatan pertama pengenalan diri... Mengerat perhubungan.

Assalamualaikum...bersua disini tanpa bertemu mata,tanpa lontaran suara.. Namun ikatan masih lagi dapat dijalin menerusi penulisan didada blog...

Kenali saya dari hasil cerita tentang kehidupan sendiri serta orang yang berada disekeliling.. Tetapi bukan bererti 'mencarik perca kain orang lain' untuk melihat kehidupan mereka lain secara rakus! kerana setiap hasil penulisan ini hanya sebagai renungan semata-mata dalam kita menilai dimana yang baik dijadilan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan... Cerita2 ini juga tidak menunding,mengaib dan menghukum seseorang individu yang bakal dijadikan topik dalam penulisan saya nanti...ianya lebih kepada pandangan umum.kerana setiap kebaikan dan kesalahan tetap berputar didalam lingkungan yang sama selagi kita manusia yang punya akal dan nafsu.
Wassalam..